Super Senior Soccer & Social
Gunakan Laluan Pintas Pendaftaran untuk terus mendaftar Team
Isi Borang Pernyataan Minat dan hubungi penganjur sekiranya ada kemusykilan. Mengisi borang ini akan memberi indikasi kepada penganjur bahawa Tuan berminat dan penganjur akan menghubungi tuan dalam masa terdekat untuk membantu Tuan menjawab sebarang kemusykilan dan keraguan.
Isi Borang Penyerataan Kejohanan. Borang ini adalah yang paling penting antara semua borang selain daripada pembayaran yuran penyertaan. Pilih katagori yang sesuai dengan kemahuan Tuan. Sekiranya Tuan mengendali dua pasukan pada dua kategori berbeza, misalnya O60 J-International dan O50 J-International, maka dua borang berasingan perlu diisi.
Nota: Tuan tidak perlu bimbang sekiranya belum dapat melengkapkan semua maklumat yang di perlukan, misalnya maklumat berhubung pemain (kerana kekurangan) untuk mencukupkan maksimum 22 pemain. Tuan boleh membekalkan maklumat ini pada kemudian hari.
Penggunaan Google Doc akan membolehkan Tuan melakukan penambahbaikan pada senarai/borang pada bila-bila masa. Hanya dipinta, agar semua butiran dimuatkan seminggu sebelum kejohanan.
Pembayaran deposit adalah amat penting bagi pasukan Tuan menempah tempat dalam kejohanan pilihan Tuan. Tanpa deposit, penyertaan tuan masih dianggap belum diterima walaupun Borang Penyertaan & Akujanji sudah dikirimkan kepada penganjur.Pembayaran deposit juga akan Pembayaran Yuran penuh akan mengesahkan penyertaan tuan dalam kejohanan.
MENCARI PEMAIN! Jangan lupa isi borang dengan maklumat yang betul agar pengajur dapat mencarikan pemain untuk team yang tidak cukup orang. Khidmat ini akan ditutup 1 minggu sebelum kejohanan. Pengajur tidak ada sebarang obligasi untuk memastikan khidmat ini sentiasa ada.
Bayar Baki Yuran Penyertaan. Sekiranya Yuran penuh tidak terbayar pada tarikh akhir yang ditetapkan, dan sekiranya terdapat permintaan yang besar (waiting list), maka pengajur akan memberi laluan kepada team dalam waiting list. Tanpa pembayaran Yuran penuh, pasukan Tuan tidak akan disertakan dalam senari akhir kejohanan.
Sekiranya tuan ada memesan khidmat lain seperti pengankutan, penginapan, makan minum dan sebagainya, pastikan pembayaran bagi semua khidmat ini dilangsingkan.
Borong-borang dan infomasi lain ada pada pautan ini. Antara informasi yang penting termasuklah nasihat penginapan, pengangkutan, makan-minum, perubatan, melancong dan sebagainya. Sekiranya diurus awal, mungkin dapat tawaran yang lebih baik.
pemain yang berminat untuk bermain tetapi tidak mempunyai team atau tidak cukup pemain bagi membentuk satu pasukan 11 sebelah, daftarkan diri anda di PEMAIN CARI PASUKAN/TEAM